comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penguat kuasa yang baik bermula dengan nilai dan disiplin tinggi 


Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

MARANG: Tugas seorang penguat kuasa diakui mencabar dan besar tanggungjawabnya.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang mahu menjadi penguat kuasa sama ada polis, tentera atau agensi penguatkuasaan lain perlu mempunyai serta memiliki nilai dan jati diri yang tinggi.

“Kalau dengan latihan kecekalan, nak jadi polis yang baik, ahli politik yang baik mesti dengan latihan dan nilai betul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Majlis Ramah Mesra bersama warga KDN Terengganu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, hari ini. FOTO: NSTP

“Penguatkuasa perlu berdisiplin tinggi dengan semangat yang kental dan nilai yang baik bermula dari dalam diri, agenda perubahan kalau nak angkat martabat tak boleh dengan cara lama dan orang marah saya cakap pasal tatakelola saya tak peduli,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Terengganu di Dewan Seri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Berucap di majlis yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi kos membaik pulih 20 kuarters polis di IPD Marang yang rosak.

Peruntukan itu katanya akan diluluskan minggu depan dan beliau berharap dapat memberi keselesaan kepada anggota yang bakal menghuni kuarters berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini