comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengunjung boleh menikmati keindahan Pulau Kukup mulai 17 Mei

PONTIAN: Taman Negara Johor Pulau Kukup mula dibuka secara rasminya semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon taman negara itu ditutup pada tahun 2020 susulan usaha menaik taraf pelbagai kemudahan asas termasuk tandas awam dan laluan pejalan kaki.

Katanya, taman ini juga dibuka untuk kehadiran pengunjung bermula 17 Mei ini dengan menggunakan jeti sementara.

Ling berkata, Taman Negara Pulau Kukup diwartakan pada 1997 yang diiktiraf sebagai Tapak Ramsar pada 2003 yang mempunyai keluasan 647.5 hektar.

“Pelbagai kemudahan disediakan termasuk laluan pejalan kaki sejauh 1.6 kilometer, tandas awam yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada 2017.

“Kerajaan negeri memberi kelulusan kos pembinaan jeti baharu kepada Kementerian Pelancongan sebanyak RM2O juta dan dijangka siap pada 2026, ” katanya.

Katanya, lokasi ini juga merupakan kawasan paya bakau yang terasing dari daratan dan kedua terbesar di dunia.

Selain itu, diversiti flora dan fauna paya bakau dan juga tempat persinggahan burung-burung hijrah yang bermula September hingga Mac.

“Kehadiran pengunjung termasuk pelajar sekolah pihak kami menghadkan setiap hari seramai 100 orang sahaja demi memberi keselesaan semua pihak,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini