comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengunjung pantai Rantau Abang terkejut penemuan mayat reput

 

DUNGUN: Mayat reput tanpa kepala ditemui pengunjung pantai di Rantau Abang, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat ditemui kira-kira jam 5.15 petang.

Jelasnya setakat ini, identiti sebenar mayat terbabit belum dapat dikenal pasti berikutan keadaannya yang sudah mereput.

“Pihak kami percaya mayat terbabit adalah seorang lelaki namun usia mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Pihak polis percaya mayat terbabit dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak naik ke daratan,” katanya.

Maizura berkata, mayat dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Lokasi penemuan mayat di persisir pantai dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

“Pihak kami juga akan menyiasat sama ada mayat yang ditemui itu adalah warga asing atau sebaliknya,” katanya.

Tambahnya polis memohon kerjasama daripada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi pihak polis.

“Kita percaya mayat ini telah meninggal lebih daripada satu atau dua minggu berdasarkan pada keadaannya yang reput dan setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Loading...
Terkini