comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengurus besar antara tiga pegawai kanan agensi kerajaan ditahan SPRM

Foto hiasan

KOTA BHARU: Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Mereka yang berusia antara 45 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

“Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi esok pagi bagi permohonan reman,” menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini