JOHOR BAHRU: Seorang pengurus dan penyelia sebuah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes pelupusan bahan buangan terjadual secara haram di Seelong jaya.
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi.
Pengurus syarikat, 58, dan penyelia, 34, itu ditahan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sebuah premis di Kampung Seelong Jaya, petang semalam.
Kedua-dua suspek direman hingga 29 september ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 16, 24 dan 34b Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.