comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengurus, “Runner” mengaku bersalah memalsukan dokumen pegecualian duti kastam

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Tiga lelaki mengaku bersalah melakukan pemalsuan dokumen pengecualian duti kastam, bagi kenderaan yang dibeli dan didaftarkan untuk individu yang tidak bermastautin di Pulau Langkawi di bawah klasifikasi Pulau Bebas Cukai.

Pengakuan dibuat mereka selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh pertama, Mohd Noh Hussain, 47 didakwa atas dua pertuduhan pilihan iaitu menggunakan surat akaun palsu bertarikh 6 Mei 2014 dan menggunakan borang kastam palsu di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi pada 21 Mei 2014 dan 1 Jun 2021.

Sepuluh lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Mohd Noh dipertimbangkan sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kes.

Tertuduh kedua, Mohd Khairol Suberi, 35 pula berhadapan dua pertuduhan dengan curang menggunakan sebagai tulen dokumen Borang Kastam Perisythiran Barang-Barang Yang Diimport, diketahui sebagai suatu dokumen palsu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung pada 21 dan 27 April 2021.

Mohd Khairol dibenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara tempatan sementara menunggu keputusan kes.

Tertuduh ketiga, Fairul Ismazi Ishak, 46 turut berhadapan pertuduhan curang menggunakan sebagai tulen dokumen Borang Kastam
Perisytiharan Barang-Barang Yang Diimport yang diketahui sebagai suatu dokumen palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 November 2021 di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung.

Pendakwaan terhadap kesemua suspek dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan keputusan kes dibacakan esok.

Loading...
Terkini