comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengurus sahkan Shidee adalah individu yang ditahan polis

KUALA LUMPUR: Pengurus kepada penyanyi popular era 80-an Shidee iaitu Efeendy R Azmi mengesahkan artisnya itu yang ditahan polis semalam.

“Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam,” katanya.

Shidee yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat, ditahan kerana didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, di sini.

Efeendy berkata, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung penahanan Shidee.

“Saya mohon maaf. Sekarang ini saya berada di Thailand untuk urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis,” katanya.

Menurut Fendy, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tangkapan yang dibuat ke atas penyanyi berkenaan.

“Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penahanan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi itu direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan kejadian berlaku di rumah ibu mentua suspek dan mereka sudah beberapa kali bergaduh sebelum ini akibat perselisihan faham keluarga namun kali ini lebih teruk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini