comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengusaha bas ekspres nyata kebimbangan susulan kenaikan harga diesel

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga diesel Isnin lalu dikhuatiri memberi kesan mendadak terutama terhadap beban kewangan pengusaha bas ekspres yang masih bergelut untuk pulih daripada kesan pandermik COVID-19.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspress Malaysia (PBEM), Mohd Nazri Md Yusof berkata, pengendali bas ekspres menghadapi kesukaran untuk mengekalkan perkhidmatan disebabkan peningkatan mendadak kos operasi secara mengejut disebabkan kenaikan harga diesel.

Menerusi kenyataan, Nazri berkata sektor bas ekspres memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan pengangkutan editor ayie mampu milik untuk rakyat, terutamanya golongan B40 secara harian, mingguan dan juga semasa musim perayaan.

Sebagai contoh menurutnya, ramai penumpang telah membeli tiket mereka lebih awal untuk sambutan perayaan akan datang seperti Hari Raya Aidil Adha.

Bagaimanapun katanya, penjualan harga tiket sebelum ini adalah bersandarkan kos harga diesel RM2.15 seliter.

Beliau turut mengutarakan ketidakseimbangan ketara dalam subsidi diesel yang diberikan kepada sektor berbeza.

“Pada masa ini, perkhidmatan lori menerima subsidi sebanyak 6,999 liter sebulan, manakala bas ekspres hanya diperuntukkan 2,880 liter sebulan.

“Perbezaan ketara ini meletakkan pengendali bas ekspres dalam kedudukan yang kurang adil, memandangkan kebergantungan bas ekspres adalah lebih perjalanan kepada diesel untuk mengekalkan operasi.

Justeru, PBEM membuat beberapa cadangan iaitu harga diesel RM2.15 seliter diterapkan sehingga penyelesaian interim dilaksanakan kepada anggaran 3,300 bas berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Subsidi diesel bagi pengendali bas ekspres juga katanya, perlu disemak dan ditingkatkan sebanyak 15,000 liter sebulan untuk memastikan pengagihan lebih adil, sejajar kegunaan dan peruntukan diberikan.

Harga tiket kelas ekonomi juga perlu dinaikkan tiga puluh peratus sekiranya kos RM3.35 seliter tidak berubah, memandangkan tiada kenaikan kadar tambang ekonomi siling sejak 2008.

Selain itu, Nazri menekankan keperluan dilakukan libat urus antara Persatuan Bas Ekspres melalui dialog dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan APAD bagi merangka penyelesaian mampan menangani cabaran jangka pendek serta kestabilan industri jangka panjang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini