comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengusaha bengkel perlu RM50,000 bagi ganti 20 motosikal terbakar

Keadaan tapak bengkel motosikal dan rumah papan yang musnah dalam kebakaran Kampung Bukit Rangin Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan Kuantan. – FOTO: NSTP

KUANTAN: “Saya perlu menyediakan lebih RM50,000 bagi menggantikan 20 unit motosikal pelbagai jenama yang musnah terbakar,” kata pengusaha bengkel motosikal Mohd Zamri Ismail Abdullah, 24.

Dalam masa terdekat, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemilik motosikal terbabit bagi mencari penyelesaian terbaik sama ada dalam bentuk ganti rugi wang tunai atau menggantikan motosikal terpakai yang sama jenis dengan motosikal yang terbakar.

Katanya, keputusan sepakat perlu dibuat bagi mengelak sebarang masalah berlaku di kemudian hari dan ia perlu diselesaikan secara profesional dan baik.

“Pertemuan ringkas dengan pemilik motosikal diadakan sebelum ini dan rata-rata mereka menerima dengan hati yang terbuka motosikal milik mereka telah musnah, malah mereka juga dapat melihat sendiri keadaan motosikal itu.

“Mereka reda dan menganggap apa yang berlaku suatu kejadian tidak diduga sedangkan tujuan menghantar motosikal ke bengkel saya untuk dibaiki kerosakannya namun berlaku sebaliknya apabila musnah dijilat api,” katanya, di sini semalam.

Dalam kejadian Khamis lalu, bengkel Mohd Zamri Ismail yang terletak bersebelahan rumah papan di Kampung Bukit Rangin Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan Kuantan musnah dalam kejadian kebakaran.

Kebakaran kira-kira 6 petang itu memusnahkan bengkel motosikal dan rumah papan yang terletak bersebelahan. Kerugian dianggarkan lebih RM250,000 apabila semua barang tidak dapat diselamatkan.

Dalam masa kira-kira 10 minit bengkel saya dan rumah keluarganya musnah 100 peratus dijilat api, tidak ada apa yang dapat diselamatkan termasuk 25 unit motosikal pelbagai jenama.

Mohd Zamri Ismail berkata, ketika kejadian beliau ke bandar Kuantan untuk membeli minyak pelincir dan beberapa alat ganti motosikal, pada masa sama beliau menutup sementara bengkelnya pada 5.30 petang.

Katanya, selepas kira-kira 30 minit meninggalkan bengkel dia mendapat panggilan telefon ibu saudaranya menyatakan bengkelnya terbakar dan api sedang marak, usaha memadam kebakaran dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Dalam masa kira-kira 10 minit bengkel saya dan rumah keluarganya musnah 100 peratus dijilat api, tidak ada apa yang dapat diselamatkan termasuk 25 unit motosikal pelbagai jenama.

“Saya reda dengan apa yang berlaku, dalam sekelip mata harta yang ada musnah dijilat api. Selain pelbagai barangan, minyak pelincir dan alat ganti turut musnah wang tunai lebih RM600 hasil bayaran pelanggan.

“Selepas 10 tahun mengusahakan bengkel motosikal, kejadian kebakaran yang berlaku telah meragut seluruh semangatnya untuk berjaya dalam perniagaan,” katanya yang kerugian lebih RM100,000.

Difahamkan api bermula dari dalam bengkel di bahagian pejabat sebelum cepat merebak dan musnahkan bengkelnya.

Beliau berkata, banyak perkara yang kini difikirkan, antaranya modal untuk memulakan perniagaan, tapak bengkel baharu dan wang ganti rugi 25 motosikal yang musnah lebih RM50,000.

Mohd Zamri Ismail berkata, kesudian rakannya yang turut mengusahakan bengkel motosikal menawarkan diri memmbantu membaiki dan mengecat semula empat motosikal Yamaha Y15 yang terbakar sedikit melegakannya. Empat unit motosikal berkenaan masih lagi baharu digunakan pemiliknya.

Menurutnya, amat berat dugaan yang diterima kali ini berbanding kejadian banjir besar pada 2014 yang menyebabkan bengkel ditenggelami air dan kerugian lebih RM12,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini