comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Pengusaha kuih ‘mek comel’ kekalkan harga lama

Noraini sedang menyusun kuih mek comel warisan di gerainya di bazar Ramadan Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Pengusaha kuih tradisonal Mek Comel Warisan atau mek comel masih mengekalkan harga lama walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah, terutama ubi keledek.

Pengusaha kuih mek comel warisan sejak 17 tahun lalu, Noraini Mohd Lazim berkata ubi keledek yang dicincang kecil akan dicuci sebelum menjalani proses rebusan.

Katanya, ubi keledek akan diuli dengan campuran tepung gandum dan mentega.

“Bagi menyahut seruan kerajaan kurangkan manisan, kita hanya menggunakan lima kilogram gula sebagai inti untuk 400 dan 500 mek comel warisan.”

“Kita akan pastikan minyak masak betul-betul panas ketika proses menggoreng bagi memastikan mek comel warisan tidak pecah, selain gula yang dijadikan inti cair,” katanya ketika ditemui di gerainya di bazar Ramadan di Kampung Bukit Bayas, di sini.

Noraini atau lebih mesra dengan panggilan Nani Mek Comel berkata dia masih mengekalkan harga lama iaitu lima biji dijual pada harga RM3.

“Walaupun berlaku kenaikkan bahan asas seperti ubi keledek, tepung gandum selain kesukaran mendapatkan minyak masak, tetapi kita masih mengekalkan harga lama untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati kuih tradisonal sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Begitu pun Noraini mengakui disebalik semua kenaikan itu, dia masih memperolehi keuntungan.

Tambahan pula kerana kerjanya turut dibantu suami, anak-anak dan saudara mara.

Jelas Noraini setiap hari sebanyak 10 kilogram ubi keledek digunakan untuk menghasilkan antara 400 dan 500 biji kuih mek comel warisan.

“Selain di bazar Ramadan, kita turut menjual mek comel warisan di bahu jalan di Padang Hiliran setiap hari,” katanya.

Kuih mek comel agak enak dan istimewa kerana mempunyai isi keledek yang lembut dan gula cair sebagai inti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini