comscore
Tumpuan :
Jenayah

Peniaga kedai makan rugi RM413,522 terpedaya pelaburan Bitcoin 

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kedai makan kerugian RM413,522 akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital Bitcoin di Facebook.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata kejadian berlaku sejak November tahun lepas hingga Januari ini.

Mangsa, 56, dalam laporan polisnya semalam berkata dia berhubung dengan seorang individu dipercayai warga tempatan untuk membuat pembayaran di sembilan akaun berlainan.

“Dalam masa dua bulan membuat pelaburan, mangsa mendapati nilai keuntungan telah meningkat sebanyak 1.5 juta dolar Amerika Syarikat menerusi sebuah aplikasi, namun individu tersebut memaklumkan mangsa perlu membayar sebanyak RM176,575 lagi bagi proses pengeluaran pulangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan individu terbabit menyebabkan mangsa berasa tertipu dan membuat laporan polis.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini