comscore
Tumpuan :
Nasional

Penipuan pelaburan IKS, 18 individu termasuk warga emas ditahan

18 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan Industri Kecil dan Sederhana, (IKS) Sabah.

Oleh: Shuhadah Marzuki

KUALA LUMPUR: 18 individu berusia 30 hingga 71 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan Industri Kecil dan Sederhana, (IKS) Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan sekitar Sabah, Selangor dan Perak.

Sindiket yang beroperasi sejak lima tahun lalu itu menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri untuk meyakinkan mangsa melabur dalam pelaburan kononnya berkaitan IKS.

“Aplikasi Whatsapp telah dijadikan sebagai medium untuk berkomunikasi selain perjumpaan bersemuka yang turut menawarkan pulangan yang tinggi dalam bentuk hibah antaranya pelaburan RM1,000, pelabur dijanjikan keuntungan RM200,000 dalam tempoh 3 bulan,” Katanya dalam sidang media.

Sehingga kini, polis menerima 15 laporan dengan jumlah kerugian lebih RM2.9 juta.

Polis turut merampas kad debit pelbagai bank, telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba dan sebuah peranti.

Polis turut merampas kad debit pelbagai bank, telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba dan sebuah peranti.”15 akaun bank disita di bawah Seksyen 50(1) AMLATFPUAA 2001 dan membeku 38 akaun bank di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 serta sebuah kenderaan disita di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.

“Semua individu ditahan dan disambung reman sehingga 10, 11 dan 12 Jun 2021,” kata Datuk Seri Ramli dalam sidang media yang sama.

Kes disiasatan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini