comscore
Tumpuan :
Nasional

PENIPUAN SMS | Dua Individu Direman 5 Hari

Dua individu yang merupakan bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telekomunikasi dan pengarah syarikat swasta direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).

Perintah reman sehingga 21 November itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi.

Seramai 16 individu telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan sejak 10 November lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 9 malam semalam, selepas hadir memberi keterangan.

Mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Tambah sumber, nombor telefon yang diperoleh digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini