comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjaga rumah amal GISBH dera kanak-kanak didakwa esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, esok atas tuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaan satu daripada rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal berusia 35 tahun itu dihantar ke pejabat Peguam Negara, hari ini dan menerima arahan untuk pertuduhan.

“Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, satu jemputan media mengenai pertuduhan ke atas suspek sudah dikeluarkan Bukit Aman, hari ini.

Menurut jemputan itu, pendakwaan kes berkenaan akan bermula pada jam 8.45 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini