comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam ditahan minta suapan dari OKU

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam disyaki meminta suapan RM450 bagi meluluskan bantuan kebajikan bagi orang kurang upaya (OKU), ditahan di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia 30-an disyaki meminta suapan daripada seorang individu bagi meluluskan bantuan bulanan dari sebuah jabatan kerajaan bulan lalu.

“Pada 19 Februari lalu, suspek menghubungi individu terbabit dan meminta wang rasuah diberikan kepadanya selepas wang bantuan bulanan berkenaan diperoleh individu berkenaan.

“Suspek ditahan kira-kira jam 8.30 malam semalam di sekitar Balik Pulau ketika menerima wang rasuah yang diminta,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 27 Februari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, pagi tadi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini