comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam Negeri Sembilan terima BKK minimum RM2,500

Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada seramai 5,599 orang penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam Negeri Sembilan yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Katanya, bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April tahun depan.

“Adalah diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.-HARIAN METRO

Loading...
Terkini