comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam perlu hayati nilai M.A.L.A.Y.S.I.A – KSN

FOTO: NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara KSN Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengajak seluruh warga perkhidmatan awam untuk menghayati sedalam-dalamnya nilai MALAYSIA seiring usaha menjayakan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau berkata, ia juga bertepatan dengan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini.

Menurutnya, semangat M.A.L.A.Y.S.I.A yang dimaksudkan adalah akronim kepada nilai Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif yang seharusnya menjadi pegangan setiap penjawat awam.

“Saya tekankan, semangat ini bukan bermusim sebaliknya harus ada di dalam diri kita di mana pun kita berada dan  pada bila-bila masa sahaja.

“Insya-Allah, nilai MALAYSIA ini akan sama-sama dapat memacu usaha pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam yang tuntas,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kepimpinan KSN, di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau pernah berkongsikan mengenai semangat M.E.R.D.E.K.A iaitu akronim kepada Menumpah Taat Setia, Empati Kepada Rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah.

Sementara itu, Tan Sri Shamsul Azri meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan satu Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) berkaitan dengan panduan melaksanakan keseronokan bekerja sektor awam sebagai rujukan kepada semua kementerian dan jabatan.

Jelasnya, membudayakan keseronokan bekerja dalam organisasi itu antara strategi di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi – ‘Pembangunan Organisasi’ menerusi gagasan yang diperkenalkannya iaitu ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’.

“Saya amat menekankan keseronokan dalam bekerja kerana bagi saya suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.

“Walaupun perkara ini nampak mudah, namun jika tidak diurus dan disusuli dengan baik pasti akan menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja yang lain,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini