
Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
BANGI: Pertukaran penjawat awam yang bertugas di kaunter telah bermula sejak bulan lalu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaksaannya dilakukan secara berperingkat bagi memastikan perubahan itu tidak menjejaskan urusan perkhidmatan kerajaan.
“Baru-baru ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan dah buat kenyataan rasa dah banyak ribu dah kita tukar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis KSN “Unplugged” bersama Ansara di Bangi, hari ini.
“Kita tengok juga kesesuaian kita tidak mahu bila kita tukar ia akan menjejaskan , jadi dia akan buat secara berperingkat tetapi pasti kita akan buat, itu memang janji kita,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa.
Katanya, ia bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.