Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam Sarawak dapat BKK dua bulan gaji, kakitangan persekutuan RM700


Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Seramai 28,000 kakitangan awam Sarawak menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) dua bulan gaji sementara kakitangan perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang 2024 turut menerima BKK sebanyak RM700.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua- dua insentif BKK itu dianggarkan sebanyak RM190 juta.

“Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen anggota Perkhidmatan Awam Sarawak, sukacitanya saya ingin mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024. Pembayaran BKK ini akan dibuat pada bulan Disember 2024.

“Kita juga berterima kasih atas sumbangan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak. Bagi menghargai jasa dan khidmat bakti mereka, saya ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 seorang secara one-off yang akan dibayar pada suku pertama Tahun 2025,” katanya.

Beliau mengumumkan bantuan itu ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Kuching.

Tambah Tan Sri Abang Johari selari dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang gunapakai oleh Kerajaan Persekutuan, Sarawak turut melakukan penambaikan dan penyelarasan gaji semua anggota Perkhidmatan Awam negeri berkenaan.

Jelasnya tambahan kepada penyelarasan gaji dalam SSPA, Sarawak bersetuju memperkenalkan dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak antara RM400 hingga RM700 berdasarkan gred perkhidmatan masing-masing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini