Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam Selangor terima bonus 2 bulan gaji – Amirudin

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BKK yang diumumkan ini sebagai menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan oleh pihak berkenaan.

Menurutnya, pemberian ini adalah tambahan daripada BKK sebanyak satu setengah bulan yang sudah diterima sebelum ini.

“Suka saya ingin mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan lagi dua bulan kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.

“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Disember depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun depan sempena menyambut Aidilfitri dan persiapan hari raya,” katanya ketika mengakhiripembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, di sini petang tadi.

Sebelum ini, bayaran BKK satu bulan setengah sudah dibayar pada Februari dan Mei yang lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini