comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penjawat awam tetap baharu tidak berpencen – TPM

Oleh: Amirulhakim Lokman

SELANGOR: Jemaah kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini, adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya kelak akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan tetap tetapi tidak berpencen. Mereka akan mencarum kepada (KWSP) dan Kerajaan memberikan sumbangan sebagaimana lazim yang dilakukan sebelum ini kepada kakitangan swasta. Mana-mana yang layak untuk sumbangan PERKESO juga akan diberikan” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Bangi, di sini.

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Pada tahun 2040, jika tidak ada sistem baharu ini, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung Kerajaan mencecah RM 120 bilion”

Semalam, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Loading...
Terkini