KUANTAN: Seorang penjual aiskrim warga Kemboja maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Air Terjun Sungai Pandan, di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.55 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba didapati pokok tumbang sudah dibersihkan orang awam.
“Mangsa juga dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya melalui kenyataan hari ini.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.