comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penjual ketam direman tiga hari, didakwa hina Raja Perlis

KANGAR: Seorang penjual ketam yang didakwa memuat naik hantaran berunsurkan penghinaan terhadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Facebook, direman tiga hari bermula hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu, turut disyaki menyimbah papan iklan yang tertera gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan cat merah.

Suspek (berbaju ungu) direman membantu siasatan dibawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret, Ana Rozana Mohd Nor bagi membantu siasatan dibawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah Kangar kira-kira 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi memberitahu, penahanan suspek dilakukan pada 1.30 pagi tadi, di sebuah rumah di Taman Akasia Dua, Changloon, Kedah.

Katanya, suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung penghinaan terhadap Raja Perlis di Facebook menggunakan akaun Muhammad Muhammad.

Polis turut menerima laporan berasingan bahawa terdapat simbahan cat merah pada papan iklan yang tertera gambar Raja Muda Perlis di Bulatan Simpang Tiga, Jalan Persiaran Jubli Emas di Kangar.

Susulan tangkapan itu, polis merampas sebuah motokar, sebotol cecair berwarna merah, sebuah telefon bimbit dan sekeping simkad.

Loading...
Terkini