comscore
Tumpuan :
Nasional

Pensyarah Kanan Disyaki Beri Kontrak RM46,000 Kepada Keluarga

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah kanan bergelar ‘Dr’ kerana disyaki menyalah guna kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak dan abang iparnya.

Wanita bergelar ‘Dr’ berusia 40-an itu yang berkhidmat di sebuah universiti awam (UA) ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Difahamkan, kontrak berkenaan membabitkan projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai diambil keterangan pada hari sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Loading...
Terkini