comscore
Tumpuan :
Nasional

Penubuhan SEGiM akan disegerakan

Foto Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) akan ditubuhkan dengan secepat mungkin, bagi menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah meminta Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet, bagi mendapatkan persetujuan serta kelulusan untuk penubuhan suruhanjaya tersebut.

“Penggiat industri ini atau pekerja tidak formal di Malaysia ini, tidak mendapat sebarang perlindungan melainkan jika mereka mencarum dengan Perkeso…Malah, selama beberapa tahun kegiatan penggiat ekonomi gig ini berjalan di negara ini, namun ketidakpedulian telah dialami oleh mereka.

“Syarikat penyedia perkhidmatan tidak menganggap mereka sebagai pekerja dan syarikat juga tidak menganggap sebagai majikan kepada penggiat industri ini. Kelompangan sebegini yang memerlukan keprihatinan kerajaan,”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Nasional Kerangka Kerjaya Industri Gig, di sini hari ini.

Tambahnya beliau  turut menyasarkan tarikh penubuhan SEGiM dapat diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadualkan Oktober depan.

Datuk Seri  Ahmad Zahid berkata SEGiM, merupakan satu badan yang berfungsi untuk mengatasi setiap isu berkaitan dan melahirkan inisiatif yang mampu menjaga kebajikan pengguna, peniaga, vendor, penghantar, pemandu dan penyedia platform, dalam industri gig.

Loading...
Terkini