comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang maut digilis kereta selepas tercampak akibat melanggar lori

SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah lori sebelum tercampak lalu digilis sebuah kenderaan lain dalam kemalangan.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Hairul Ikmal Loreng, 24, dalam perjalanan daripada Kampung Mata Parang menuju ke Kampung Tambir.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.06 malam lalu mengarahkan 11 anggota untuk ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori, motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal terbabit telah melanggar belakang sebuah lori lalu tercampak ke laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, mangsa telah digilis oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan sekaligus menyebabkan mangsa terperangkap di bawah kereta berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa menggunakakn teknik beg udara, namum mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramendik Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini