comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang maut, motosikal terlibat kemalangan dengan kereta

SARIKEI: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Tepok di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Lucy Nangkai 30, yang mengalami kecederaan parah disahkah maut ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.33 pagi lalu mengarahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei untuk ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang dalam keadaan terbalik dan sebuah motosikal.

“Pemandu kereta, seorang lelaki telah keluar dengan sendiri dari kenderaannya, manakala penunggang motosikal terbaring di dalam parit dan tidak sedarkan diri,”

Mangsa kemudiannya disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini