comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas 

Oleh : Zahir Senapiah 

ISKANDAR PUTERI : Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di kilometer 1.4 Lebuhraya Linkedua (arah utara menghala ke Tuas) tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, kemalangan berlaku jam 12.20 tengah hari membabitkan sebuah Toyota Alphard dan sebuah motosikal Yamaha MT Tracer.

“Siasatan awal mendapati  kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Alphard yang membuat pusingan U secara tiba-tiba hingga penunggang motosikal berkenaan tidak dapat mengelak dan terus merempuh kenderaan terbabit” katanya.

Penunggang motosikal yang berumur 42 tahun cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu Toyota Alphard yang berumur 33 tahun yang juga seorang juruterbang bersama empat lagi penumpang lain, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

Akibat kemalangan itu bahagian pintu depan Toyota Alphard remuk teruk.

Nahas itu juga mengakibatkan jalan raya sesak teruk.

Video kemalangan yang dirakam oleh orang awam turut tular di media sosial.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini