Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penunggang motosikal maut dilanggar lori yang mengundur

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut apabila sebuah lori yang sedang mengisi minyak brek di tapak pembinaan mengundur secara tiba-tiba ke jalan utama di Jalan Kerinchi, ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan kejadian berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.34 pagi semalam.

Kemalangan dilapor melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, sebuah lori pengangkut dan sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Mangsa lelaki berusia 32 tahun, meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Tambahnya, ketika kejadian pemandu lori, 32 tahun yang berada dalam kawasan tapak pembinaan sedang mengisi minyak brek.

“Semasa proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori bergerak secara mengundur dengan sendiri lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama.

“Motosikal yang cuba mengelak dari dilanggar, hilang kawalan lalu terjatuh dan terperosok bawah tayar bahagian belakang sebelah kanan,” katanya.

Pemandu kereta itu pula mengalami kecederaan luka di dahi dan telah menerima rawatan.

Pemandu lori terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini