comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut, pembonceng parah terbabit kemalangan di Keningau

FOTO: JBPM

KENINGAU: Penunggang motosikal maut, manakala pembonceng parah dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Isuzu Trooper di Bukit Barasanon, Jalan Keningau-Sook, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudy Delamin, berkata empat mangsa dalam kenderaan Isuzu Trooper berusia 30 hingga 40 tahun hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal.

“Manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata, pembonceng motosikal lelaki berusia 21 tahun diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini