comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta

Mayat Kien Seong tersepit di bawah kereta Perodua Viva Elite ini dalam kemalangan awal pagi tadi. – Foto: Ihsan bomba

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal maut tersepit di bawah kereta dalam kemalangan di Kilometer (KM) 134.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Ang Kien Seong, 24, yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi berhubung kemalangan itu.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva Elite dan motosikal jenis SYM ditunggang mangsa.

“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta itu dibuat menggunakan peralatan khas bomba dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini