comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Penunggang motosikal parah, langgar pokok tumbang

Oleh Fazli Ahmad

MUADZAM SHAH: Seorang penunggang motosikal parah selepas terlanggar pokok tumbang di atas di kilometer 15, Jalan Ibam – Rompin, awal pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, mangsa Muhammad Zaidan Sharom, 20, dalam perjalanan dari arah Bukit Ibam ke Muadzam Shah terlanggar pokok tumbang dan melintang di atas jalan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan mungkin disebabkan mangsa tidak nampak pokok tumbang melintang jalan terbabit kerana lokasi kejadian terlalu gelap.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah oleh orang awam kebetulan melalui lokasi kejadian awal pagi tadi” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Mohd Azahari berkata, polis sudah menghubungi syarikat menyelanggara jalan persekutuan terbabit untuk membersih pokok tumbang dan menghalang laluan terbabit tengah hari tadi.

Difahamkan, penunggang motosikal berasal dari Felda Keratong 8 masih dirawat di Hospital Muadzam Shah dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Loading...
Terkini