KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang juga penuntut Maahad Tahfiz dilaporkan hilang selepas keluar dari pusat pendidikan itu Ahad lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan kira-kira jam 11.52 pagi Isnin.
“Pihak polis IPD Subang Jaya telah menerima satu laporan melibatkan seorang remaja lelaki berbangsa Melayu bernama Muhammad Firdaus Bin Abdullah berumur 15 tahun telah hilang.
“Kali terakhir dilihat keluar dari Maahad Tahfiz An-Nur (Matan), Puchong Intan pada jam 4.10 petang 19 Januari 2025,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.
Butiran fizikal remaja berkenaan berketinggian 155 sentimeter, berambut pendek berwarna hitam, berkulit gelap dengan berat badan dianggar 50 kilogram.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 atau 03-7862 7222 untuk membantu siasatan
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.