comscore
Tumpuan :
Nasional

Penuntut UPM dipatuk ular ketika daki Gunung Tahan

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan parah selepas dipatuk ular ketika mendaki Gunung Tahan, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.46 malam tadi.

Menurutnya, mangsa Siti Nuraqilah Azmi, 20, dilaporkan dalam keadaan lemah akibat dipatuk ular berhampiran Kem Botak berhampiran puncak Gunung Tahan.

Katanya, operasi menyelamat mangsa dilakukan sejurus mendapat laporan.

“Maklumat diterima mangsa dipatuk ular kapak menyebabkan mangsa dalam keadaan lemah dan usaha menyelamat terpaksa dilakukan segera.”

“Berikutan itu, operasi menyelamat dilakukan melalui udara dan sebuah helikopter dihantar ke lokasi kejadian bersama dua doktor.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Difahamkan program pendakian Gunung Tahan itu bermula Selasa lalu dan dijadualkan berakhir 30 Jun ini.

Program itu disertai 40 pendaki termasuk dua malim gunung, seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan tiga ranger komuniti.

Difahamkan mangsa dipatuk ular di tangan kiri ketika mandi di Kem Botak kira-kira jam 6 petang semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini