comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penutupan laluan pejalan ke CIQ BSI, Kerajaan sedia bas henti-henti

 

JOHOR BAHRU: Berikutan penutupan laluan pejalan kaki untuk memasuki Kompleks Kastam, Imugresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), kerajaan akan menyediakan khidmat bas henti-henti.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laluan itu ditutup atas sebab keselamatan berikutan terdapat laporan sering berlaku kemalangan di kawasan itu.

“Jalan itu ditutup atas faktor keselamatan ada berlaku kemalangan dan kita risau kalau benda ini terus berlaku ada ada kemalangan jiwa dan juga isu kebolosan.

“Laluan masuk ke BSI itu pun sedang dikaji, buat peringkat awal ini kita akan sediakan shutle bus untuk jangka masa pendek supaya mereka yang datang dari Stulang dan sebagainya yang berjalan kaki masuk ke CIQ,”katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan kedua di BSI, pagi tadi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof secara atas talian.

Turut hadir Menteri dalam negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam pada itu, pegawai Imigresen pelbagai gred yang bertugas di empat pintu masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), KLIA1 dan KLIA2 bakal menerima insentif khas, bagi menangani isu kesesakan empat laluan di pintu masuk negara.

Inisiatif membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.93 juta setahun.

Ia adalah salah satu daripada empat inisiatif baru fasa tiga Mesyuarat Jawatqnkuasa Khas bagi menangani kesesakan di Tambak Johor.

Ia turut merangkumi tiga projek fizikal iaitu tambahan 77 M-BIKE dengan kos sebanyak RM61.7 juta, penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baharu di KSAB berjumlah RM106.99 juta serta pembinaan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor dengan anggaran kos yang akan diperincikan kemudian.

Loading...
Terkini