comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penyamaran JPJ berjaya kesan kesalahan pemandu bas ekspres

ALOR SETAR: Taktik penyamaran dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dengan meletakkan anggota di dalam bas ekspres berjaya mengesan kesalahan dilakukan pemandu.

Dalam operasi Op Tahun Baru Cina di negeri ini bermula 18 Januari lalu, empat kes dikesan terhadap pemandu bas, membabitkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu melebihi 300 kilometer (km) dengan seorang pemandu serta tidak mengikut lorong betul ketika menghampiri simpang.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, tindakan saman dikenakan terhadap pemandu bas terbabit.

Sehingga semalam, 3,731 kenderaan diperiksa di negeri ini dan 1,330 saman dikeluarkan selain 144 notis lain.

“Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

“Malah, setakat ini kesalahan tiada lesen memandu masih penyumbang tertinggi melakukan kesalahan, diikuti LKM dan insurans.

“Daripada jumlah itu, 60 kenderaan disita kerana melakukan pelbagai kesalahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi Op Tahun Baru Cina akan berterusan sehingga hujung bulan ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini