Tumpuan :
Nasional

Penyanyi dikir barat, 5 yang lain akan didakwa di mahkamah Narathiwat esok

Penyanyi dikir barat dan lima lain dijangka didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat esok atas tuduhan miliki 6,000 pil Yaba. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden Malaysia yang ditahan pada November tahun lalu bersama lima yang lain kerana didakwa memiliki 6,000 pil Yaba, akan didakwa di Mahkamah Narathiwat, esok.

Seorang ahli keluarga terdekat berkata, keluarga dan saudara mara penyanyi itu yang kebanyakannya berasal dari Kelantan dijangka menghadiri perbicaraan bagi menunjukkan sokongan mereka.

“Kami mahu penyanyi itu dan lima yang lain rasa bersemangat apabila melihat kami di sana,” kata saudaranya yang berasal dari daerah ini.

Keenam-enam suspek dijangka menghadapi pertuduhan memiliki pil secara bersama dan pengambilan dadah.

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan bahawa pejabat Timbalan Pendakwa Raya sudah memfailkan kes itu kepada mahkamah selepas polis Thailand melengkapkan siasatan.

Penyanyi wanita itu dan lima yang lain termasuk suaminya, ditahan pada 1 November 2024 di sebuah hotel di Sungai Golok, susulan penemuan dadah bersama mereka.

Mahkamah kemudian meluluskan perintah tahanan reman polis sehingga 84 hari, mulai 4 November 2024 untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini