comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyanyi era 60-an A Halim meninggal dunia 

PASIR GUDANG: Penyanyi irama Pop Yeh Yeh, Datuk A Halim atau nama sebenarnya Halim Md Diah meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang jam 10.01 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 7 petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Beliau mengalami lumpuh sebelah badan selepas menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Jenazah arwah dibawa ke Masjid Al Falah dan dikebumi di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai pada jam 4.05 petang.

Beliau sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam di sini.

A Halim yang berusia 77 tahun mempunyai 24 orang cucu dan 5 orang cicit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini