comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyediaan infrastruktur sesuai, penting untuk sokong industri e-sukan – Ahmad Zahid

Oleh: Kadir Edison

LUNDU: Infrastruktur bersesuaian perlu dibangunkan kepada generasi muda yang berpotensi dalam bidang e-sukan untuk bergerak ke peringkat professional kerana industri berkenaan mula berkembang pesat sehingga mampu membawa pulangan lumayan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan atlet e-sukan semata-mata, sebaliknya sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.

“Kita mesti mampu mewujudkan ramai anak-anak lepasan TVET e-sport ini untuk berada di peringkat dunia menjual kandungan kepada e-sport mengikut versi Malaysia.

“Saya yakin satu hari nanti kalau bukan negeri lain, saya mengharapkan e-sport daripada Sarawak ini akan berada di barisan hadapan,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran inisiatif TVET HRD Corp-CENTEXS Commercial serta Hab Latihan dan Akademi Pensijilan e-sukan, di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid memaklumkan seramai 408,000 pelajar telah mendaftar dalam pelbagai institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara pada tahun ini.

Pencapaian itu, katanya, membuktikan pendidikan TVET sudah mula mendapat tempat sebagai salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini