comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyelarasan sistem baharu hanya libatkan prasekolah seliaan kerajaan

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh

IPOH: Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Wong bagaimanapun berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat.

“Di pihak KPM (Kementerian Pendidikan), kami dalam proses untuk memuktamadkan secara terperinci segala prosedur terutama membabitkan aspek pembelajaran murid prasekolah.

“Daripada dapatan itu, kami akan keluarkan satu garis panduan yang perlu diikuti oleh prasekolah berdaftar dengan kerajaan sahaja tanpa melibatkan prasekolah swasta,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri pada 24 Jan lepas memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini