comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes SRC: Penyokong Najib berkumpul di Istana Kehakiman

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul di luar Istana Kehakiman hari ini sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang menghadiri prosiding semakan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan bersalah penyelewengan dana SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di sini jam 8.36 pagi dengan kawalan ketat Jabatan Penjara.

Turut kelihatan hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Prosiding dijadualkan bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Mahkamah Persekutuan hari ini bakal menentukan Datuk Seri Najib dibolehkan menyemak dan seterusnya mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda 210 juta ringgit yang dikenakan terhadapnya kerana menyeleweng dana 42 juta ringgit milik syarikat pelaburan SRC International Sdn Bhd.

Pada 23 Ogos tahun lalu, panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung sabitan dan hukuman itu seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Julai 2020.

Loading...
Terkini