comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyokong TFC tidak dibenarkan saksi sesi latihan bola sepak bagi menjamin tahap keselamatan pemain

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri mengambil pendekatan pantas, tidak lagi membenarkan orang ramai atau penyokong berada di kawasan padang latihan bola sepak pasukan Terengganu FC (TFC) di Gong Badak, Kuala Nerus.

Langkah itu diambil bagi memastikan isu keselamatan pemain bola TFC terjamin susulan kejadian yang menimpa pemain Akyar Rashid, 25, yang disamun Khamis lalu dan Faisal Halim, 26, yang disimbah asid kelmarin.

Menurut Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, langkah itu diambil selepas mengadakan perbincangan langkah-langkah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Itu pertimbangan yang saya maksudkan, selepas ini kita tak akan buka pada penyokong dan kita akan tingkatkan aspek keselamatan dipusat latihan dan sekitar stadium”, katanya.

Selain itu pihak polis telah mengambil maklum perjalanan dan pergerakkan pemain ke lokasi latihan dan selepas tamat latihan supaya ke semuanya selamat pulang ke rumah masing-masing.

“Polis dah ambil maklum perjalanan dan pergerakan pemain kita, apa yang dibuat oleh PDRM sangat serius dan bagi kelegaan pada pemain”, ujarnya.

Selepas insiden yang berlaku kepada kedua-dua pemain kebangsaan itu amat menggangu mental dan moral pemain.

Bukan sahaja pemain TFC malah keseluruhan pemain bola sepak negara ini.

Kerajaan Negeri dan pengurusan TFC kini akan memberi bimbangan kaunseling kepada pemain, khususnya kepada Akhyar Rashid.

Ditanya perkembangan terkini Akhyar, pemain itu kini dilaporkan semakin pulih tetapi masih dalam keadaan trauma.

“Akhyar secara fizikal dalam lawatan kami kelmarin sanga baik cuma dia masih trauma dan kita akan pulihkan semangat beliau semula” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini