DUNGUN: Seekor penyu agar sesat di atas jalan raya sebelum ditemui penduduk berhampiran Pantai Teluk Lipat, dekat sini, malam tadi.
Tengku Aziz Tengku Yahaya, 53, berkata, dia memandu bersendirian melalui jalan itu kira-kira jam 10 malam sebelum melihat seseorang melambai-lambai memintanya memberhentikan kenderaan.
“Saya ingat ada kemalangan, bila turun dari kereta saya nampak seekor penyu di tengah jalan,” katanya.
Jelasnya, keadaan saiz penyu itu yang besar dan berat menyebabkan dia dan beberapa penduduk tidak mampu mengusung penyu itu ke tepi pantai.
“Nasib baik ada orang di situ kalau tidak penyu itu akan dilanggar kenderaan lain. Seorang pemuda kemudiannya cuba membantu sebelum penyu itu kembali ke pantai,” katanya.
Katanya, dia percaya penyu itu naik untuk bertelur sebelum sesat sehingga jalan raya yang jaraknya kira-kira 400 meter dari pantai.
“Syukur bila lihat penyu itu kembali semula ke tepi pantai sebelum berenang ke tengah laut,” katanya.
Video penyu sesat terbabit dirakam dan tersebar di media sosial dan tindakan seorang pemuda membantu penyu itu turun semula ke pantai mendapat pujian ramai.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.