comscore
Tumpuan :
Nasional

Peraturan komunikasi panggilan, teks WhatsApp palsu

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp adalah palsu.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Komunikasi menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Mereka juga boleh menyemak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia.

Terdahulu, tular mesej mendakwa kononnya peraturan komunikasi baharu bagi panggilan suara dan video di aplikasi WhatsApp akan dilaksanakan mulai esok.

Menurut mesej berkenaan, semua panggilan akan dirakam dan disimpan, malah peranti akan bersambung ke sistem kementerian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini