comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perdana Menteri dijangka persembah senarai Kabinet hari ini

FOTO: Istana Negara

KUALA LUMPUR: Pintu utama Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan pengamal media kerana Perdana Menteri dijadualkan mempersembahkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Kira-kira 20 pengamal media sudah mula berkumpul di sini, seawal jam 7.30 pagi selepas Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 8 pagi ini.

Pembentukan barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Khabar angin mengatakan Kabinet baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara kelmarin, berserta empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri.

Loading...
Terkini