comscore
Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri saksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando Ulu Kinta

Oleh: Fareez Azman

TAMBUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri, Ahmad Fuad Apandi kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) (Sektor Bangunan), Datuk Ir Badioezaman Ab Khalik.

Turut menyaksikan penyerahan dokumen itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Pembinaan Kem Sultan Nazrin Shah sejak 2018 dengan kos sebanyak RM236 juta siap dibina pada 14 Februari lalu.

Kem yang dibina oleh kontraktor utama, Syarikat Sujaman Sdn Bhd itu menempatkan pusat pentadbiran serta kompleks latihan unit 69 Komando Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini