comscore
Tumpuan :
Nasional

Perhilitan sahkan kehadiran harimau di Kampung Ulu Kuang

Foto hiasan

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau di Kampung Ulu Kuang, Chemor baru-baru ini.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata siasatan Perhilitan Perak di lokasi pagi semalam mendapati benar terdapat lembu ternakan penduduk diserang harimau belang.

“Kakitangan kami sudah pergi siasat pagi semalam dan memang betul diserang harimau belang, lembu ditambat luar kandang.

“Kami syak harimau ini adalah yang sama dikesan hadir pada awal tahun lepas (di kawasan itu),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Perhilitan telah memasang perangkap kamera berhampiran bangkai lembu di tempat kejadian dan melakukan rondaan secara berkala.

Katanya penternak dinasihatkan supaya mengurung lembu ternakan di dalam kandang bagi mengelakkan serangan harimau.

Terdahulu, tular gambar di media sosial menunjukkan lembu yang mati dipercayai telah dibaham harimau di kampung itu.- BERNAMA

Loading...
Terkini