comscore
Tumpuan :
Nasional

PERHILITAN tempatkan kakitangan pantau lokasi lelaki dibaham harimau di JRTB

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Perak menempatkan kakitangannya di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, bagi memantau lokasi serangan harimau, pagi semalam.

Pengarah PERHILITAN negeri Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan penempatan kakitangannya itu adalah bagi memberikan khidmat nasihat kepada pekerja di kawasan berkenaan.

“Kita memantau dan memberikan nasihat kepada mereka tentang langkah yang perlu diambil ketika berada di kawasan itu.

“Orang awam dan pekerja di situ harus faham bahawa kawasan hutan merupakan habitat liar khususnya harimau belang dan gajah.

“Mereka yang perlu ambil langkah berhati-hati dan jangan sesekali melakukan tindakan provokasi seperti cuba menangkap, memburu dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian seorang lelaki disyaki dibaham harimau di kawasan rumah kongsi Bagan Balak, sekitar jam 5 pagi semalam ketika mangsa keluar ke tandas.

Kejadian disedari isteri mangsa yang mendengar ngauman dan seterusnya melihat mangsa diseret ke dalam semak berhampiran.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan parah di bahagian kaki dan leher.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini