comscore
Tumpuan :
Nasional

Perhimpunan bulanan PM bersama JPM julung kali di PUSPANITAPURI

Datuk Seri Anwar Ibrahim. – FOTO: NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Buat julung kali, perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) diadakan di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, di sini.

Lazimnya, perhimpunan itu berlangsung di Dataran Perdana Putra sejak pusat pentadbiran negara dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada 1999.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang menentukan lokasi baharu perhimpunan yang lebih aman dan teduh.

“Alhamdulillah keadaan lebih terkawal (tukar lokasi perhimpunan di dewan) dan tahniah kepada KSN. Dia fikir ambil masa, dua kali mesyuarat nak tentukan tempat di mana,” selorohnya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bulan Februari di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI di sini, pagi ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri-menteri di JPM.

Perhimpunan juga dihadiri 300 penjawat awam termasuk pengurusan tertinggi jabatan dan agensi di bawah JPM.

Pada perhimpunan bulan lalu, Anwar meluahkan kerisauan terhadap warga JPM apabila perlu berdiri di tengah-tengah panas untuk mendengar ucapan beliau.

“Saya kadang beritahu KSN, perhimpunan memang kena tengah panas macam ini ke? Jadi kita nak cakap panjang pun rasa ‘guilty’ (bersalah), nanti orang panas,” katanya sambil ketawa kecil.

Loading...
Terkini