comscore
Tumpuan :
Nasional

Perhimpunan Mega Palestin belum dapat kelulusan – KP Wangsa Maju

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima sebarang pemakluman dan permohonan daripada penganjur perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin yang dirancang kumpulan masyarakat sivil Sekretariat Solidariti Palestin (SSP).

Sehubungan dengan itu, Ketua polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menafikan dakwaan bahawa polis sudah memberi kelulusan untuk program yang dijadual pada Sabtu ini diteruskan.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur perhimpunan pada Khamis lepas.

“Hasil perjumpaan tersebut, pihak penganjur telah dinasihat untuk mengemukakan pemakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Ketua polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan himpunan mega yang dirancang SSP pada 2 Mac ini mendapat lampu hijau IPD Wangsa Maju.

Jurucakap SSP, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan dipetik berkata, pihaknya masih memerlukan kelulusan IPD Dang Wangi serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan.

Peserta dijangka berkumpul di bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Padang Merbok.

Antara ‘checkpoints’ himpunan itu termasuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Hotel Renaissance.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini